Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) merupakan organisasi yang membangun dan mengembangkan warisan tradisi seni silat, mengekalkan ciri-ciri ilmu tradisi Seni Silat Melayu Semenanjung dengan permainan tradisi bergayung atau bergayung pulut.
Perguruan Seni Gayung Fatani diasaskan oleh Tuan Syeikh Abdul Rahman Tahir kira-kira tahun 1890. Beliau membuka gelanggang silat sambil mengajar ilmu agama. Antara pendekar terkenal yang pernah belajar dengannya ialah Tuan Haji Ramli Abd. Rahman, Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali, Imam Mansor dan Pakndak Embong. Almarhum Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab (AMN) bersama guru-guru tua dan beberapa orang ahli yang lain telah mendaftarkan Pertubuhan ini pada 14 September 1976 dibawah Akta Pertubuhan 1966 [PPP.S1886/28/76/(26)]. Ia kemudiannya didaftarkan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan no. pendaftaran PPS.0452/98/06/01/68-1(5). Pada tahun 2013, PSGFM telahpun memindahkan segala fail pertubuhan yang sedia ada kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di atas arahan pihak Kerajaan.
Almarhum Tuan Haji Anuar Wahab merupakan Guru Utama yang pertama dan terakhir Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2009 semasa berumur 64 tahun. Semenjak daripada itu, Majlis Perguruan dan Guru-guru Tua menjadi sumber rujukan bagi tujuan keilmuan dan keguruan PSGFM.
PSGFM merupakan antara 4 Pertubuhan Pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). PSGFM telah mengembangkan pelajaran peringkat antarabangsa seperti di Austria, Perancis, Switzerland, Norway, Jerman, New Calidonia, Algeria, Romania, Maghribi, Gress dan Thailand.

MENGENAI PERTUBUHAN
Pengerusi
Cikgu Zaihan Mat Isa
Timbalan Pengerusi
Cikgu Ahmad Fahmi Domel
Naib Pengerusi I
Cikgu Dr. Abdul Wahab Yahya
Naib Pengerusi II
Cikgu Ahmad Kamel Mustaffa
Setiausaha Agung
Cikgu Prof. Madya Mohd Ariff Mat Hanafiah
Penolong Setiausaha Agung
Cikgu Mohd Mazhar Mohd Marzuki
Bendahari
Cikgu Shahrizan Mustapha Albakri
Ahli-ahli Jawatankuasa
Cikgu Kamarul Ariffin A. Latib (Kuala Lumpur)
Cikgu Mohd Amizan Md Yusof (Putrajaya)
Cikgu Azlan Mat Said (Selangor)
Cikgu Ruslan Jalil (N. Sembilan)
Cikgu Zainal Amat (Melaka)
Cikgu Azlan A. Rahman (Johor)
Cikgu Ahmad Hasbullah Hj. Alias (Perak)
Cikgu Abd. Majid Ismail (Pulau Pinang)
Cikgu Mazlan Mohamed Khalid (Kedah)
Cikgu Abd. Halim Mat Zain (Perlis)
Cikgu Yussof Ishak (Pahang)
Cikgu YM Engku Nor Azam Engku Lah (Kelantan)
Cikgu Mohd Amrul Mat Aroh (Terengganu)
Cikgu A.M. Zaini A.M. Noordin (Sabah)
Pemeriksa Kira-kira
Cikgu Hafizal Abdul Ghani
Cikgu Shahirman Shahril
Pemegang Amanah (aset)
Cikgu Hallim Hamit
Cikgu Zaidy Zakaria
Jawatankuasa Teknikal
Cikgu Anuar Ahmad (Pengerusi)
Cikgu Kamarul Ariffin A. Latib (Setiausaha)
Alamat urusan
35-01-06, Sri Langkawi 2,
53100 Gombak Setia, Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung

AHLI-AHLI JAWATANKUASA PUSAT
SESI 2015/2016
HUBUNGI KAMI
PENGUMUMAN!

Pendita Anuar Wahab Guru Utama

Anuar Wahab Guru Utama Guru Tua


Pendita Anuar Wahab Guru Utama
PAUTAN (links)
Untuk pengetahuan semua ahli dan umum, PSGFM hanya mempunyai satu laman web rasmi iaitu laman web ini (www.psgfm.org.my). Oleh itu, sekiranya terdapat laman-laman web, blogspot dan sebagainya yang selain daripada laman web ini, ianya BUKAN daripada PSGFM yang sah dan tidak mewakili PSGFM.
Harap maklum.
Jumpa di Faceboook
AHLI-AHLI
DEWAN PERGURUAN
CIKGU SUHAIMI KHALIS ISHAK
CIKGU AHMAD KAMEL MUSTAFFA
CIKGU ABD RAHMAN ISMAIL
CIKGU HJ KHALID ALWI
CIKGU RAMLI YUSOF
CIKGU KHAIRUDIN GHAZALI
CIKGU ROSLAN SALAM
CIKGU HALIM HAMIT
CIKGU NIK ADLI ABDULLAH